PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Selamat datang ke Laman Web Permodalan RISDA Berhad (PRB).
Sebuah syarikat milikan RISDA yang dipertanggungjawab untuk mentadbir Tabung Pembiayaan RISDA dan mejalankan
aktiviti Pemfaktoran (factoring) serta mengurus dana-dana RISDA. PRB juga
melaksanakan aktiviti Pembiayaan Peribadi kepada semua staf RISDA dan syarikat
milikan RISDA. Semangat profesionalisme dan komitmen tinggi semua staf serta
sokongan padu daripada Pemegang Saham iaitu RISDA, Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Permodalan RISDA Berhad serta RISDA Holdings, kami di PRB amat yakin akan terus
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya. Selaras dengan
rancangan halatuju baru, PRB perlu terus dinamik serta fokus dalam aktiviti yang
dilaksanakan untuk terus kekal sebagai sebuah syarikat milikan RISDA yang
berjaya dan perlu berfikir di luar kotak (Think Outside Box) bagi menjadi sebuah
syarikat korporat yang unggul. PRB akan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti niaga
yang sediada disamping mencari peluang-peluang perniagaan yang baru dan perlu
mengamalkan pendekatan 'Blue Ocean Strategy' untuk tujuan tersebut. Mulai Tahun
2016 PRB telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menambah aktiviti perniagaan
bagi memastikan kelangsungan syarikat serta komited untuk meningkatkan dana
pemegang saham. Selain daripada memberi tumpuan kepada aktiviti pemfaktoran yang
terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan syarikat, PRB telah berjaya
mendapatkan lesen di bawah Akta Telekomunuikasi dan Multimedia 1998 iaitu Lesen
Individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian dan Lesen Individu Pemberi Kemudahan
Rangkaian. Dengan adanya kedua-dua lesen perkhidmatan ini, PRB terus komited
untuk meningkatkan aktiviti perniagaan telekomunikasi dan sedang merangka pelan
strategi jangka panjang sebagai sebuah syarikat TELCO dengan rangkaian
perkhidmatan kepada bukan sahaja Pekebun kecil di pendalaman tapi juga kepada
masyarakat Malaysia amnya. Buat masa ini PRB terlibat dalam pembinaan Menara
Telekomunikasi di bahagian Selatan dan Pantai Timur Semenanjung dan akan terus
berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan pembinaan Menara
Telekomunikasi. PRB akan terus memenuhi Obligasi Sosial (Corporate Social
Responsibility) bagi kepentingan masyarakat dan pekebun kecil.
“LEADING TRANSFORMATION”
Sekian, wassalam.
PUTERA BIN SIDEK
Ketua Pegawai Eksekutif PRB