SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI i (ISLAMIC)
SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI i (ISLAMIC)
1. PENGENALAN
Skim Pembiayaan Peribadi-i (ISLAMIC) telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PRB Kali Ke 3/2006 pada 28 November 2006.
2. MELULUSKAN PERMOHONAN
Kuasa melulus pembiayaan peribadi-i (ISLAMIC) kepada staf RISDA adalah diberi kepada Pengurus Besar PRB dan Ketua-Ketua Jabatan yang di beri kuasa.
Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat kelayakan dipertimbangkan.
3. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN
Staf yang berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.
Gaji bersih setelah potongan pembiayaan peribadi hendaklah melebihi 40% dar gaji kasar (termasuk elaun tetap).
Seorang penjamin yang telah disahkan jawatan di RISDA adalah diperlukan bagi menjamin pembiayaan pemohon. Penjamin hendaklah mempunyai baki perkhidmatan melebihi tempoh pembiayaan pemohon.
Tempoh pembiayaan tidak boleh melebihi tempoh baki perkhidmatan penerima biaya.
Setiap penerima biaya wajib mengambil perlindungan insuran. Amaun premium ini akan ditambah kepada jumlah pembiayaan yang dipohon. Perkiraan premium adalah mengikut jumlah pembiayaan, umur pemohon dan tempoh pembiayaan.
Pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat baki pembiayaan semasa dijelaskan (overlapping).
Bayaran balik pembiayaan peribadi hanya melalui potongan gaji dari majikan. Tempoh bayaran balik pembiayaan tidak boleh melebihi baki tempoh perkhidmatan penerima biaya dengan RISDA.
Penerima biaya dikehendaki menandatangani surat akujanji kebenaran membayar balik baki pembiayaan melalui gratuiti/ganjaran cuti rehat (GCR) semasa menerima tawaran.
4. AMAUN PEMBIAYAAN DAN TEMPOH BAYARAN BALIK
Amaun pembiayaan peribadi adalah di antara RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik 24 bulan hingga 180 bulan. Jadual bayaran balik tidak termasuk insuran adalah seperti lampiran .
5. KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang ditetapkan ialah 5.5% setahun. Kadar ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
6. PENGELUARAN PEMBIAYAAN PERIBADI
Pembiayaan peribadi akan dikeluarkan oleh PRB setelah Surat Perjanjian disetemkan.
Potongan gaji akan dilaksanakan pada bulan berikutnya selepas bayaran dikeluarkan.
7. AM
Permodalan RISDA Berhad berhak membuat atau mengenakan apa- apa syarat tambahan atau memberi kelonggaran / pengecualian syarat- syarat tersebut tanpa sebarang sebab.
Muat Turun :