PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF



Selamat datang ke Laman Web Permodalan RISDA Berhad (PRB). Sebuah syarikat milikan RISDA yang dipertanggungjawab untuk mentadbir Tabung Pembiayaan RISDA dan mejalankan aktiviti Pemfaktoran (factoring) serta mengurus dana-dana RISDA. PRB juga melaksanakan aktiviti Pembiayaan Peribadi kepada semua staf RISDA dan syarikat milikan RISDA. Semangat profesionalisme dan komitmen tinggi semua staf serta sokongan padu daripada Pemegang Saham iaitu RISDA, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Permodalan RISDA Berhad serta RISDA Holdings, kami di PRB amat yakin akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya. Selaras dengan rancangan halatuju baru, PRB perlu terus dinamik serta fokus dalam aktiviti yang dilaksanakan untuk terus kekal sebagai sebuah syarikat milikan RISDA yang berjaya dan perlu berfikir di luar kotak (Think Outside Box) bagi menjadi sebuah syarikat korporat yang unggul. PRB akan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti niaga yang sediada disamping mencari peluang-peluang perniagaan yang baru dan perlu mengamalkan pendekatan 'Blue Ocean Strategy' untuk tujuan tersebut. Mulai Tahun 2016 PRB telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menambah aktiviti perniagaan bagi memastikan kelangsungan syarikat serta komited untuk meningkatkan dana pemegang saham. Selain daripada memberi tumpuan kepada aktiviti pemfaktoran yang terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan syarikat, PRB telah berjaya mendapatkan lesen di bawah Akta Telekomunuikasi dan Multimedia 1998 iaitu Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian dan Lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian. Dengan adanya kedua-dua lesen perkhidmatan ini, PRB terus komited untuk meningkatkan aktiviti perniagaan telekomunikasi dan sedang merangka pelan strategi jangka panjang sebagai sebuah syarikat TELCO dengan rangkaian perkhidmatan kepada bukan sahaja Pekebun kecil di pendalaman tapi juga kepada masyarakat Malaysia amnya. Buat masa ini PRB terlibat dalam pembinaan Menara Telekomunikasi di bahagian Selatan dan Pantai Timur Semenanjung dan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan pembinaan Menara Telekomunikasi. PRB akan terus memenuhi Obligasi Sosial (Corporate Social Responsibility) bagi kepentingan masyarakat dan pekebun kecil.

“LEADING TRANSFORMATION”  

Sekian, wassalam.  


ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI
Ketua Pegawai Eksekutif PRB