PEMBIAYAAN PERUMAHAN RISDA


Jenis Pembiayaan Rumah yang dibenarkan :

Jenis I-

Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

Jenis II-

Membina rumah di atas tanah sendiri.

Jenis III-

Membeli rumah atau petak kediaman dalam pembinaan.

Jenis IV-

Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.

Jenis V-

Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan dari Bank /Institusi Kewangan.

Jenis VI-

Membina rumah di atas tanah sendiri yang dibeli melalui RISDA.

Jenis VII -

Membuat kerja ubahsuai rumah.

3rumah

1. SYARAT-SYARAT

  • Berjawatan tetap, sah jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.

  • Potongan perumahan tidak melebihi 60% dari gaji asas.

  • Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum 6 bulan peminjam bersara pilihan/wajib.

  • Amaun pembiayaan membeli tanah tidak lebih 50% dari kelayakan dan tempoh 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun.

  • Pembelian harta suami/isteri, tidak dibenarkan.



2. KADAR KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN

GAJI HAKIKI (RM)KELAYAKAN PINJAMAN (RM)
8,500 ke atas 600,000
6,500 ke 8,499 562,000
5,500 ke 6,499 525,000
4,500 ke 5,499 500,000
3,500 ke 4,499 475,000
3,000 ke 3,499 400,000
2,500 ke 2,999 350,000
2,000 ke 2,499 320,000
1,500 ke 1,999 260,000
1,200 ke 1,499 210,000
1,000 ke 1,199 150,000
999 dan ke bawah 120,000

3. PEMBIAYAAN PERUMAHAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH

Syarat Kelayakan Mendapat Pembiayaan Untuk Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Yang Dibeli Melalui Pinjaman Perumahan RISDA

  • Kelayakan memohon pembiayaan di atas dibenarkan selepas 5 tahun harta diluluskan atau selepas 5 tahun bayaran 100% dikeluarkan.

  • Amaun kelayakan adalah perbezaan diantara kelayakan semasa dan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu. (tidak termasuk insuran gadaijanji dan kebakaran).

  • Tempoh maksimum bayaran balik bagi peminjam sedia ada dan pemohon baru adalah 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun yang mana terdahulu.

  • Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tempoh bayaran balik adalah terhad kepada tempoh tamat perkhidmatan.

  • Bagi kes :-

    • Pinjaman tambahan diatas diambil sebelum bayaran balik pembiayaan atas harta asal diselesaikan, amaun pembiayaan tambahan ini akan dicampur dengan baki hutang yang sedia ada dengan tempoh maksimum bayaran balik tidak melebihi 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun yang mana terdahulu.

    • Jika pembiayaan tambahan di atas diambil selepas baki hutang pembiayaan asal selesai, bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun yang mana terdahulu.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN

  • Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami dan isteri).

  • Sekiranya hartanah telah dicagar kepada mana-mana institusi kewangan, RISDA hendaklah didaftarkan sebagai pemegang gadaian pertama; dan

  • Kerja-kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap sepenuhnya.

  • Peminjam yang mengambil pinjaman kedua tidak layak mengambil pinjaman ubahsuai.


4. PEMBIAYAAN PERUMAHAN UNTUK HARTA KEDUA

SYARAT-SYARAT :

  • Penerima Biaya yang telah menyelesaikan hutang pembiayaan bagi harta pertama.

  • Penerima Biaya yang telah mengambil pembiayaan ubahsuai rumah dan telah menyelesaikan hutang pembiayaan layak untuk memohon pembiayaan perumahan harta kedua.

  • Amaun pinjaman hartanah kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa

  • Tempoh maksimum bayaran balik adalah 25 tahun (300 bulan) atau sehingga umur 90 tahun bagi penerima berpencen. Bagi pencarum KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada tempoh tamat perkhidmatan.

  • Kadar bayaran balik pembiayaan adalah 4% setahun.