SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI i (ISLAMIC)


1. PENGENALAN

  • Skim Pembiayaan Peribadi-i (ISLAMIC) telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PRB Kali Ke 3/2006 pada 28 November 2006.



2. MELULUSKAN PERMOHONAN

  • Kuasa melulus pembiayaan peribadi-i (ISLAMIC) kepada staf RISDA adalah diberi kepada Pengurus Besar PRB dan Ketua-Ketua Jabatan yang di beri kuasa.

  • Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat kelayakan dipertimbangkan.



3. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

  • Staf yang berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.

  • Gaji bersih setelah potongan pembiayaan peribadi hendaklah melebihi 40% dar gaji kasar (termasuk elaun tetap).

  • Seorang penjamin yang telah disahkan jawatan di RISDA adalah diperlukan bagi menjamin pembiayaan pemohon. Penjamin hendaklah mempunyai baki perkhidmatan melebihi tempoh pembiayaan pemohon.

  • Tempoh pembiayaan tidak boleh melebihi tempoh baki perkhidmatan penerima biaya.

  • Setiap penerima biaya wajib mengambil perlindungan insuran. Amaun premium ini akan ditambah kepada jumlah pembiayaan yang dipohon. Perkiraan premium adalah mengikut jumlah pembiayaan, umur pemohon dan tempoh pembiayaan.

  • Pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat baki pembiayaan semasa dijelaskan (overlapping).

  • Bayaran balik pembiayaan peribadi hanya melalui potongan gaji dari majikan. Tempoh bayaran balik pembiayaan tidak boleh melebihi baki tempoh perkhidmatan penerima biaya dengan RISDA.

  • Penerima biaya dikehendaki menandatangani surat akujanji kebenaran membayar balik baki pembiayaan melalui gratuiti/ganjaran cuti rehat (GCR) semasa menerima tawaran.



4. AMAUN PEMBIAYAAN DAN TEMPOH BAYARAN BALIK

  • Amaun pembiayaan peribadi adalah di antara RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik 24 bulan hingga 180 bulan. Jadual bayaran balik tidak termasuk insuran adalah seperti lampiran .



5. KADAR KEUNTUNGAN

  • Kadar keuntungan yang ditetapkan ialah 5.5% setahun. Kadar ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.



6. PENGELUARAN PEMBIAYAAN PERIBADI

  • Pembiayaan peribadi akan dikeluarkan oleh PRB setelah Surat Perjanjian disetemkan.

  • Potongan gaji akan dilaksanakan pada bulan berikutnya selepas bayaran dikeluarkan.



7. AM

  • Permodalan RISDA Berhad berhak membuat atau mengenakan apa- apa syarat tambahan atau memberi kelonggaran / pengecualian syarat- syarat tersebut tanpa sebarang sebab.