PEMBIAYAAN KENDERAAN RISDA


1. SYARAT-SYARAT

  • Berjawatan tetap dan disahkan jawatan

  • Sekiranya belum disahkan jawatan atau berkhidmat secara kontrak, dua penjamin yang telah disahkan jawatan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan diperlukan

  • Baki gaji selepas potongan tidak kurang 1/3 dari gaji pokok dan elaun-elaun

  • Pembiayaan dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh 5 tahun sekiranya baki pinjaman selesai

  • Bagi kereta terpakai, laporan penilaian dari JKR adalah diperlukan dan tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 8 tahun atau tempoh ekonomik kereta berkenaan dan mana-mana yang terendah



2. JUMLAH KELAYAKAN

 

 

 

Had Pinjaman (RM)

i.

Untuk Membeli kereta

 

  • Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan- jawatan Gred Khas

70,000

 

  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional

65,000

 

  • Kumpulan Sokongan dan ke bawah (kelulusan khas bagi gaji RM1,620 ke atas)

55,000

 

 

 

ii.

Membeli motosikal

5,000

iii.

Membeli motobot

4,000

iv.

Membeli enjin motobot

3,500

v.

Membeli bot

700

vi.

Membeli basikal

500

 

 

 


3. TEMPOH BAYARAN BALIK

SYARAT-SYARAT :

  • Kereta baru - tidak melebihi 108 bulan

  • Kereta terpakai - tidak melebihi 96 bulan

  • Motosikal - tidak melebihi 60 bulan

  • Basikal - tidak melebihi 36 bulan


4. HAKMILIK KENDERAAN

SYARAT-SYARAT :

Pegawai yang mendapat pembiayaan hendaklah bertanggungjawab untuk meminta Jabatan Pengangkutan Jalan mencatatkan "Hakmilik Dituntut oleh RISDA" di dalam kad pendaftaran kenderaan semasa pendaftaran dibuat.


5. PERATURAN SELEPAS KELULUSAN

Dalam tempoh 30 hari selepas bayaran dikeluarkan, resit bayaran, salinan geran kenderaan yang telah dicop 'HAKMILIK DI TUNTUT OLEH RISDA' dan salinan polisi insuran komprehensif Takaful hendaklah dikemukakan.


6. SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN UNTUK STAF SOKONGAN ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 24 TAHUN 2006

Telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan RISDA Kali Ke 8/2005 pada 25 Novenber 2005 dan Mesyuarat Pihak Berkuasa RSDA Kali Ke 185 pada 25 Disember 2005.


SYARAT-SYARAT

  • Gaji pokok minima RM1,620.00 sebulan

  • Maksimum pembiayaan RM55,000.00. Bayaran balik mengikut baki tempoh perkhidmatan dengan RISDA, yang mana terdahulu.

  • Jarak perjalanan melebihi 200km setiap bulan selama 3 bulan dimansuhkan

  • Gaji bersih selepas tolak ansuran pembiayaan hendaklah berbaki 1/3 daripada gaji pokok serta elaun-elaun.